Di sini Ia Bermula

Permulaan Langkah Pertama

Bengkel Penyediaan Modul

Permulaan PRISMA adalah bermula dengan Bengkel Penulisan Modul dan Aktiviti PRISMA. Bengkel penulisan modul PRISMA telah disertai oleh seramai 60 orang pelajar Pendidikan Sains dan Matematik  dengan bimbingan 4 orang pensyarah Sains dan Matematik daripada Fakulti Pendidikan UiTM Shah Alam.



Pensyarah-pensyarah yang membantu dan memberikan bimbingan kepada pelajar sewaktu penghasilan modul-modul.


Pembentangan modul-modul oleh para pelajar.


Semua modul PRISMA yang dibentangkan kemudiannya dikritik dan diperbetulkan oleh para pelajar dan pensyarah. Seorang Pensyarah Kanan dan seorang Prof telah diminta untuk memeriksa modul-modul yang terpilih. 

Latihan Asas Fasilitator

Para pelajar yang terlibat dalam penyediaan modul kemudiannya diberikan latihan asas fasilitator. Latihan ini diberikan oleh pensyarah yang terlatih dalam bidang kejurulatihan fasilitator. Latihan Fasilitator ini juga dibantu oleh beberapa orang consultant luar yang merupakan master trainer dalam bidang fasilitator.






Latihan fasilitator dijalankan beberapa fasa dan dari semasa ke semasa dalam memastikan para fasilitator yang terlibat dalam PRISMA merupakan fasilitator yang benar-benar terlatih dan cekap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan