PROGRAM INTELEK SAINS DAN MATEMATIK
(PRISMA)
Program Intelek Sains Dan Matematik (PRISMA) merupakan program khas yang dikhususkan kepada para pelajar sekolah dalam mendalami ilmu Sains dan Matematik dengan lebih praktikal, seronok dan mendalam. Objektif utama program ini adalah menarik minat para pelajar khususnya para pelajar yang lemah untuk meminati Sains dan Matematik. Program ini merupakan inisiatif para pensyarah dan pelajar Jabatan Sains dan Matematik Fakulti Pendidikan UiTM Shah Alam.
Menyedari akan keperluan pelajar-pelajar sekolah khususnya yang menganggap subjek Sains dan Matematik merupakan subjek yang sukar, warga PRISMA mengambil iniatif ini sebagai platform antara bakal pendidik dan peserta sekolah dalam memainkan peranan sewaktu pemprosesan pembelajaran para pelajar sama ada di dalam mahupun di luar kelas.
PRISMA berkonsepkan mengusai (mastery), eksplorasi (exploration) dan keseronokkan (excitement). Tiga konsep utama ini diterapkan adalah dalam memastikan para pelajar dapat menguasai konsep Sains dan Matematik dan mengeksplorasi konsep serta fenomena yang terdapat dalam Sains dan Matematik dalam keadaaan yang menyeronokkan.
PRISMA memberikan penekanan pembelajaran berkonsepkan aktiviti di luar kelas yang lebih praktikal dan bermakna bagi membantu para pelajar dalam memahami dan mengeksploitasi Sains dan Matematik dengan lebih mendalam dan menyeronokkan.
Selain itu, PRISMA bertujuan untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama dalam kalangan pelajar-pelajar melalui modul-modul atau aktiviti-aktiviti yang disediakan.
Dengan moto ' Fun with Math, Enjoy with Science', PRISMA akan terus membelah arus masa kini dan berkembang dari masa ke semasa bagi menganjurkan program-program yang bermanfaat untuk pelajar-pelajar sekolah.
Harapan kami, dengan kewujudan PRISMA ini, negara kita dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang meminati subjek Sains dan Matematik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan